12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Naum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat telah mengorbankan diri untuk mengurung Kyūbi di dalam badan seorang bayi yang baru lahir.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.

There are no products to list in this category.

Comics Directory

Comics Directory is found by a group of die-hard comic fans. Like many of you, we enjoy reading comics. While most local comics or bookstore does not always carry a good number of selections; going online always result in hefty shipping fee or ridiculous long wait time. That is why we decided to create Comics Directory. We want fellow comics fans to have more option when shopping.

Contact Us

Email
sales@comicsdirectory.com.my

Facebook